Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Khamis, 22 Mei 2008

"Kisah Seorang Budak Kampung......"

Kisah ini berlaku pada suatu ketika dahulu......
Ianya bermula apabila seorang budak kampung yang tak tau apa2 tentang dunia globalisasi terserempak seorang lelaki bandar telah beberapa hari berada di kampung itu yang sedang mencari sebuah nset yang hilang di sebuah masjid......
Saya namakan budak kampung tersebut Ali (bukan nama sebenar) supaya menyenangkan pemahaman pembaca dan lelaki bandar tersebut Jamal......
Maka bermulalah dialog diantara mereka......

Jamal : Adik ada nampak telefon abang tak?

Ali : Boleh abang cerita sikit ciri - ciri telefon tu.....

Jamal : Oklah....Adik tau kan macam mana bentuk telefon kan....

Ali : (Sambil membayangkan telefon yang macam dalam cerita P. Ramlee tu) Tau2... Ada lagi ka ciri2 lain....

Jamal : Ada.... Telefon tu ada kamera.....

Ali : (Sambil membayangkan sebuah telefon dengan kamera) Kamera tu dok kat mana....

Jamal : Bahagian atas la..... Kot depan pun boleh tangkap gambar kot blakang pun boleh.....

Ali : (Sambil membayangkan telefon tadi dengan kamera yang dalam cerita 6 jahanam diatasnya) Ada ka telefon macam tu.... Apa lagi ciri2 dia....

Jamal : Ada..... Lagi? Telefon tu boleh tengok TV...... Boleh bukak internet......

Ali : (Sambil membayangkan telefon, atas ada kamera pastu ada TV kat atasnya) Isy....mintak maafla abang. Saya tak pernah jumpa telefon pelik macam tu.... Abang tanya orang lain la.....

Tiba2 ada seorang pemuda datang menyerahkan telefon bimbit si Jamal ni depan mamat tadi tu.....

Ali : Apa benda tu....

Jamal : Ni la telefon abang yang hilang tadi tu....

Maka Jamal tahulah bahawa si Ali ni tak tahu langsung tentang teknologi masa kini.....



Pengajaran :
Kisah di atas adalah perumpamaan kepada kehidupan kita di alam yang akan datang.... Dalam Al-Quran ada menceritakan bagaimana syurga dan neraka... Dengan syurga itu keluasannya antara langit dengan bumi....Pastu ada sungai mengalir yang airnya lebih manis dari madu, lebih putih dari susu, lebih lembut daripada buih. Dapatkah kita membayangkannya..... Sebab itulah ramai orang tidak mempercayai syurga dan neraka kerana bagi mereka secara logiknya macam mana tempat sebegitu rupa boleh ada. Dengan airnya lebih manis daripada madu lebih putih daripada susu.... Tu tak masuk bidadari lagi tu.... Macam orang kampung tadi tu la. Cerita pi lah macam mana pun kalau dia tak pernah tengok nset. Samalah macam kita ni dengan akal fikiran yang terbatas macam mana nak percaya benda tu ada kan..... Tapi benda tu sebenarnya ada....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih