Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Rabu, 6 Mei 2009

Naluri Susuan Ibu

Sempena dengan hari ibu...
Penulis nak kongsikan satu puisi mengenai Ibu...
Mari sama - sama kita hayati...

Seorang ibu,
Dengan penuh kerelaan
Menyusui anaknya sendiri
Merasai hangatnya sebuah dakapan
Akrabnya hubungan
Biarpun,
Ada yang beranggapan,
Tercela bentuk badan
Hilanglah keindahan
Seorang wanita impian
Demi kasih sayang berpanjangan
Susu ibu jadi pilihan
Biarpun,
Larian masa mengikat kita
Si ibu berkerjaya tetap berbangga
Demi anak tercinta
Menyusui anak dengan penuh manja
Kemesraan, Kepuasan dan Kasih Sayang
Begitu susah untuk digambarkan
Tautan kasih dua insan
Dikala anak dalam hisapan
Begitulah,
Nikmatnya anugerah Tuhan
Susu ibu tiada bandingan
.::SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU 2009::.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 1 April 2009

April's Fool.....

Dah lama penulis tak mengemaskinikan blog ni.....
Ramai kawan2 dah tanya.....
Di sebabkan esok (er... arini r...)...
Adalah 1 April (lebih dikenali dengan nama April Fool's Day)...
Juga tarikh kelahiran blog ini ......
Penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada dengan semua pembaca.....

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyo ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Di sebabkan itu, penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan merggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya, ( 1 April ), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyarang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah itu kemudiaannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayalkan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita semua.....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 10 Mac 2009

Tragedi di suatu hari......

Kisah ini terjadi pada 09-03-2008....
Pada hari menghantar lab exercise IDE yang sememangnye memeningkan kepale....
Aku tak faham langsung ape bende yang dia nak....
Jadi aku pun wat cambiasa 'copy and modified'....
Pastu cuba faham2 kan apa yang ak copy tu....
Tapi kali ni aku tak faham2 jugak....
Huh... nape lar susah sangat nak fahamkan bende tu......
Tapi bukan bende tu yang ak nak cerita.....

Jadi masa tu hujan renyai - renyai.....
Mulanya kami nak tunggu ar hujan tu berhenti.....
Tapi bila dah dekat nak pukul 4 pun hujan tak berhenti - henti jugak.....
Jadi kami ambik keputusan untuk redah jer hujan tu....
Lagi pun hujan renyai - renyai jer.... bukan lebat pun....
Tapi... tetiba jer masa ngah kat traffic light depan ngan balai polis....
Hujan mula lebat balik....
Sudah.... dah lar tak pakai baju hujan....
Sib bek bila sampai kat TTU 3.... hujan slow balik.....

Bila sampai kat cubic tu ingat boleh la print kat library.....
Tapi... library pulak tutup......
Maka kami berbincang lah mencari jalan penyelesaian untuk masalah ni.....
Ash bagi cadangan pi kat umah kawan dia kat TTU....
Sebab kawan dia banyak printer....
Leh pinjam jap.... [kena bayar jugak.... huhuhu....]

Masa kat simpang nak wat U-turn tu tetiba jer moto rase berat....
Nape plak ni.....
Rupa-rupanya tayar belakang pancit.....
Huhuhuhu~
Penyelesaiannya.... turun dan tolak moto dari simpang tu sampai kat umah kawan ash kat TTU tu.....

 
simpang yang moto pancit dengan rumah member ash

Dah selesai semua print.....
Pastu kami gi antar exercise tu kat cubic.....
Selesai.... [p/s : lepas ni ak tak terlibat.... ash sorang sorang jer yang kena lepas ni.... ak x nak citer.... tanya dia sendri....]

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 4 Mac 2009

Alhamdulillah.......

Post ini merupakan sambungan daripada Naper lar....... yang ditulis pada 22-02-2009 mengenai tok wan (atuk) sy yang dimasukkan ke dalam Hospital Sultanah Bahiyyah(HSB) disebabkan pendarahan dalam otak.....

Alhamdulillah....
Walaupun masih belum boleh bercakap tetapi tok wan sy telah pun sedar daripada mimpi yang panjang.....
Kalau tak silap sy, pukul 2.00 ptg 04-03-2009, sy telah menerima satu mesej daripada bonda tercinta menyatakan bahawa tok wan dh bukak mata.....
Disebabkan oleh HSB yang sentiasa penuh, maka tok wan sy telah dipindahkan ke Hospital Daerah Kubang Pasu ataupun Hospital Jitra (HJ) pada petang tadi....

Pertama skali sblm lupa, sy nk ucapkan lar terima kasih kepada semua yang telah mendoakan yang terbaik untuk tok wan sy....
Jasa anda tak dapat lar sy nk balaskan dan Insya-Allah akan sy kenang hingga akhir hayat....
Mana tak nya.... tu tok wan yang paling rapat ngan sy walaupun dia bukanlah tok wan kandung.... tp abang kepada tok wan kandung sy....
erk... ap yang sy cuba nk ckp ni.... dh jd tunggang terbalik dh ayat ni....

Tp....
Risau gak sy bila pindah pi kat HJ....
Pasal HJ tu tak banyak sangat peralatan yang dapat membantu ketika kecamasan.....
Tp.... sy cuba lar tak nak fikir benda mcm tu.....
Biar takdir yang menentukan...... (che...wah... skima gila ayat....)

Ok lar....
Setakat ni lar dulu post kali ni.....
Klau cakap panjang2 nanti lari plak fakta.....
Susah nk kejar balik....
Hehehehe.....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih