Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Rabu, 24 Mac 2010

Manokwari - Diskriminasi Kota Injil...

Penulis tertarik dengan komen dishoutbox yang tak berbunyi seperti dibawah:

Sape aku : "Tlg Buat pasal PENGISHTIHARAN MANOKWARI D INDONESIA SBG KOTA/BANDARAYA INJIL DAN INI AKAN MELARANG : BERTUDUNG, AZAN, DAN PEMBINAAN MASJID"

Peta Manokwari

Diharap anda dapat bertahan untuk membaca post kali ini sehingga ke penghujungnya...
Kalau boleh ramai - ramailah bertahajud dan berdoa agar ia tidak menjadi kenyataan...



Jadi penulis pun mengoogle untuk mencari maklumat...
Pertama sekali penulis mencari ditempat favourite penulis...

WIKIPEDIA - Ensiklopedia Bebas

Mestilah penulis kena tahu dulu apa bendanya Manokwari tuh...
Sebab penulis pun tak pernah keluar ke Indonesia...
Jadi kena ambik tahu dulu kat mana tempat tu...
Apa yang penulis dapat dari wikipedia adalah seperti dibawah...

Manokwari adalah ibu kota Provinsi Papua Barat, Indonesia. Manokwari juga merupakan ibukota Kabupaten Manokwari. Kota ini memiliki luas wilayah 18.746 km² dan berpenduduk sebanyak kurang lebih 150.000 jiwa.

Manokwari terletak di pantai utara Daerah Kepala Burung Pulau Papua. Kota ini merupakan salah satu kota bersejarah bagi masyarakat Kristen di Papua karena pada tanggal 5 Februari 1855, dua orang penginjil mendarat di Pulau Mansinam dan memulai karya penyebaran agama Kristen Protestan di kalangan suku-suku yang masih suka berperang satu sama lain.


Jadi dapat disimpulkan disini...
Manokwari adalah ibu negeri bagi wilayah Papua Barat (dulu nama Irian Jaya Barat)...
Yang majoriti penduduknya adalah rakyat Indonesia (memang la kan)...
Menganut agama Kristian Protestan...

Lepas itu penulis mula mencari...
Apa sebenarnya yang berlaku nih??
Kenapa pulak nak jadi Kota Injil...
Pastu ada larangan bertudung, azan dan pembinaan masjid...

Hmm...
Pelik betul nih...
Setelah penat lelah mencari...
Akhirnya penulis berjumpa dengan satu blog...

CORETAN TINTA BERDAKWAT

Dari sini penulis dapat tahu...
Sebenarnya pihak gereja inginkan pembudayaan semula amalan Injil didalam kehidupan penduduk Kristian...
Yang mana berani meninggalkan gereja pada hari minggu...
Semata - mata untuk mencari wang...
Daripada pelancong yang datang ke kota tersebut...
Mereka mahu larangan meminum arak dan penjualannya yang diterapkan dalam Injil...
Kembali diterapkan kepada penduduk di kawasan itu...

Hmm...
Dalam Islam pun ada juga larangan ini...
Tapi umat Islam saja tak mau ikut...
Dari blog ini penulis dapat lagi satu laman web...

IN-CHRIST.NET

Kat sini penulis dapat tahu...
Mereka mengatakan Islam mendiskriminasi agama lain...
Tapi tidak dinyatakan apa yang Islam diskriminasikan...
Ada satu contoh yang diberikan oleh mereka...

bagaimana dengan syariat islam di aceh yang mengharuskan semua wanita mengenakan jilbab tanpa mempedulikan keyakinan orang tersebut?

Adakah mengHARUSkan sama dengan meWAJIBkan??
Harus dan Wajib itu sendiri adalah dua perkara yang berbeza...

Dalam Islam, Wajib adalah satu hukum yang mesti dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan...
Jika dilakukan akan diberikan ganjaran kebaikan (pahala)...
Jika ditinggalkan akan diberikan ganjaran keburukan (dosa)...
Harus pula bermaksud benda yang rutin...
Nak buat ke tak ikut suka hampa...
Tak dapat apa - apa...
Jika ada niat kerana Allah...
Maka hukumnya berubah kepada hukum yang lain iaitu sunat...


Lagi satu...
Mereka mengatakan memakai jilbab hanya perlu ditempat yang sesuai sahaja...
Kat mana sebenarnya Islam mewajibkan perempuan menutup aurat (memakai jilbab)??
WANITA MUSLIM patut menutup aurat bila berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya dan dihadapan perempuan yang bukan Islam...
Bukan mahram maksudnya lelaki yang boleh dikahwini oleh wanita tersebut...
Lelaki yang bukan dalam kalangan adik beradiknya...
SEPUPU LELAKI PUN BUKAN MAHRAM...

Sudahlah...
Mereka sebenarnya menunjukkan lagi kebodohan mereka...
Siapa mereka yang mahu mencampuri urusan Islam??
Jangan memandang agama dari orangnya...
Pandanglah agama itu berdasarkan agama itu sendiri...
Ramai yang memeluk Islam bukan kerana melihat orangnya...
Tetapi terpikat dengan keindahan yang terdapat dalam Islam itu sendiri...
Kalau nak harapkan tengok orang...
Baik diaorang mengekalkan agama mereka sendiri...

Diaorang kata Islam mendiskriminasi agama lain...
Apa yang agama lain tak boleh buat kalau Islam memerintah??
Ada mereka dihalang daripada pergi gereja??
Ada mereka dihalang membangunkan gereja??

Mereka menghalang pembinaan masjid disana...
Nak tahu apa alasannya??
Saiz masjid lebih besar daripada gereja - gereja disana...
Jumlah masjid sudah memadai...
Dan lokasinya berhampiran dengan pintu masuk utama ke Manokwari...
Hahaha...
Inilah yang mereka katakan toleransi agama...
Ada Islam buat macam tu kat agama lain??

Sebenarnya kalau Manokwari nak dijadikan Kota Injil...
Silakanlah...
Tapi, jangan sampai umat Islam disitu dihalang beribadat seperti biasa...
Kalau umat Islam dihalang dengan sebab toleransi...
Tunggulah kebinasaan mereka di Manokwari...
Kepada umat Islam yang lain...
Janganlah membiarkan saudaramu dihalang dari melakukan tanggungjawab kepada Allah...
Gunakan cara berhikmah untuk mempamerkan kesucian Islam kepada mereka...
Yang selama ini mereka calarkan dengan alasan toleransi...
Tetapi sebenarnya mereka mendiskriminasi umat Islam...

Hmm...
Cukuplah setakat ini post kali ini...
Panjang pulak post ni nanti...
Tak ada orang nak baca...
Perkara ini rupa - rupanya telah lama dibincangkan di seluruh Republik Indonesia...
Cuma penulis sahaja yang baru nak mencari...
Kalau ada kelebihan tu semua dari Allah...
Kalau ada kekurangan tu dari kelemahan diri penulis dan mintak tolong tambahkan kat komen dibawah tu...
Sebarang komen adalah dialu - alukan...

Terima kasih...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

3 ulasan:

  1. masyaALLAH...moga2 kat msia tidak ada la bnda bgitu......aminn...mohon perlindungan drpd ALLAH...amin..

    BalasPadam
  2. Amiinn~ Harap2 Malaysia yang sistem tak berapa nak betul ni tak jadi macam tu... Dalam satu fans profile kat facebook ada kata yang DS Najib nak benarkan judi sukan... Kononnya nak elakkan gejala sosial... Ntah le...

    BalasPadam
  3. adoi.. najib2
    hrp2 ktue pemerintah dan pmbantunya serta
    tnage2 kerja pmerintah negara dpt buat kputusan yg terbaik dr kputusan yg baik...
    wallahualam...

    BalasPadam

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih