Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Selasa, 25 Oktober 2011

MyKAD baru 2012??


Apa la yang diaorang nak buat sebenarnya ni??
MyKAD baru??
Macam mana pulak rupanya??

Sudah tentu soalan diatas bermain dalam kepala sesetengah pembaca...
Bagi yang dah tahu mesti la tak dak rasa apa - apa...
Sebab memang nak keluar baru...
Kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri la...
Nak confirm sahih ke tak...
Kita tunggu la tahun depan macam mana...

Rasanya tak payah kot nak terangkan apa dia MyKAD...
Semua da tahu kan apa tu MyKAD...
MyKAD tu singkatan daripada My yang mewakili Malaysia...
Dan KAD yang mewakili Kad Akuan Diri...
Sebelum tu mai la kita tengok dulu rupa MyKAD yang ada sekarang...
Pastu hampa nilai la sendiri apa yang beza...

Hehehe...
Memang la MyKAD kat atas tu tak wujud...
Tapi takkan la nak ambik MyKAD betul pulak kan??
Dah puas tengok Rowan Atkinson kat atas tu??
Mai kita tengok macam mana pulak rupa MyKAD yang dikatakan baru ni...
Atau senang cakap bakal dikeluarkan pada tahun 2012...




Hmm...
Mai kita baca sikit apa yang Hishamuddin cakap...


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama

Hmm... Tengok la sendiri...
Nampak macam tak dak beza pun...
Tapi dikatakan MyKAD baru ni guna "Polivinylcarbonate"...
Singkatannya PC yang dikatakan lebih tahan daripada sekarang...
Dan cip yang digunakan pun lebih besar berbanding sebelum ni...
Err...
Nilai storan yang besar...
Cip besar tu jugak...

Papehal pun kita tunggu la bila keluar tahun depan...
Nak komen lebih - lebih pun sat lagi tak betul...
Orang kata menipu pulak kan...
Sekian~

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih