Untuk kali ni pulak kita tengok pasal imbangan (balancing)...
Tayar yang tidak seimbang akan menyebabkan getaran...
Mesti tak selesa punya bawak kalau satu kereta bergetar...
Kalau getar sikit - sikit tak pa la kan...
Ni baru sampai 100 kilometer sejam dah bergegar stereng...
Nak - nak pulak masa tu kat lebuhraya dan jalan jauh...
Balik kampung nak raya la katakan...
Ketidakseimbangan akan menyebabkan kawalan yang kurang terhadap kenderaan...
Ini akan menaikkan risiko kemalangan jalan raya...
Dan akan merosakkan suspensi kereta anda...
Duit jugak tu nak tukar kalau rosak...
Terdapat dua jenis ketidakseimbangan...
Ketidakseimbangan statik dan ketidakseimbangan dinamik...
Gambar di atas menunjukkan jenis - jenis ketidakseimbangan...
Ketidakseimbangan akan mengurangkan keselesaan anda semasa memandu...
Jadi jika stereng kereta anda bergetar semasa bergerak...
Pergila ke kedai yang menawarkan khidmat untuk melakukan imbangan...
Kebanyakkan kedai yang menjual tayar menawarkan perkhidmatan ini...
Terdapat dua jenis imbangan yang selalunya dilakukan...
Off-wheel balancing dan juga On-wheel balancing...
Banyak kedai yang menawarkan off-wheel balancing...
Jika dibandingkan dengan yang menawarkan on-wheel balancing...
Selalunya on-wheel balancing lebih mahal...
Ianya memerlukan kepakaran yang tinggi...
Tayar akan diimbang tanpa mengeluarkan tayar daripada kenderaan...
Selalunya cara ini adalah lebih baik kerana tayar diimbang ketika berada pada kenderaan...
Jadi banyak ketidakseimbangan dapat dikurangkan...
Berbanding dengan off-wheel balancing yang lebih murah...
Tayar diimbang mengunakan mesin pengimbang...
Cara ini agak kurang berkesan bagi sesetengah kenderaan...
Tayar hanya diimbang tanpa mengambil kira keadaan tayar apabila dipasang...
Jadi getaran selalunya dapat dikurangkan dalam kuantiti yang sedikit...
Bergantung kepada keadaan kenderaan yang ingin diimbang...
Jadi diharap agar selepas ini tiada lagi orang yang keliru...
Yang mana penjajaran (alignment)...
Yang mana imbangan (balancing)...
Dan bila masa yang diperlukan...
Bukan selalunya anda memerlukan kedua - duanya...
Sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan