Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Sabtu, 6 Ogos 2011

Semasa saya kecil...

When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry, PS3 or iPad. I played outside with friends, bruised my knees, made up adventurous fantasies and played hide and seek. I ate what my mom made and KFC was a treat. I would think twice before I said "no" to my parents. Life wasn't hard, it was great and I survived. Kids these days are spoiled. Re-post this if you appreciate the way you were raised. I think we were happier kids :)



Hari ni banyak pulak orang pakai status ni kat facebook...
Sampai Blackberry pun gunakan status ni untuk buat iklan...
Mentang - mentangla ada perkataan Blackberry kat dalam status tu...
Hahaha...
Jadi penulis tertarik la pulak dengan status ni...
Ianya membuatkan penulis berfikir kembali masa lalu...
Masa yang amat berbeza dengan masa sekarang...

Masa penulis budak - budak dulu...
Memang tak dak pun istilah laptop, iPod, Blackberry, PS3 ataupun iPad...
Bila nak dibandingkan dengan budak - budak zaman sekarang ni...
Kecik - kecik lagi dah pakai semua benda tu...
Belum sempat masuk sekolah rendah dah advance bak kata orang...
Permainan yang ada masa tu kat tempat penulis masa budak - budak...
Main guli, lawan biji getah, cakplom, tui, polis entry (betul dak aku eja...)...
Macam - macam lagi la yang tak berapa nak ingat...
Boleh kata semua benda yang ada disekeliling adalah permainan...
Tak dak satu pun yang tak boleh dijadikan permainan masa tu...

Yang paling gila sekali masa tu main tuju kasut...
Bola yang guna untuk tuju tu letak ketul batu kat dalam...
Sekali kena, pergh... mengeliat tak abih...
Tapi biasanya tak letak pun batu kat dalam bola tu...
Pakai plastik ngan surat khabar saja...
Tak pun ambik kasut sapa - sapa guna untuk tuju...

Satu lagi permainan yang sama macam tuju kasut tak ingat pulak orang panggil apa...
Kalau yang mula tadi pakai kasut dan kena susun kasut untuk menang...
Yang ni pulak pakai bola ataupun kasut dan botol yang diisi dengan batu...
Botol tu dibaling la pi arah mana - mana pun termasuklah dalam parit...
Jadi kumpulan pencari kena la pi cari botol tu letak kat tengah bulatan yang dah dilukis...
Nasib la kan kat mana botol tu ada, kena ambik jugak la mau tak mau...
Satu lagi kumpulan akan cuba menghalang dengan membaling bola atau kasut...
Depa ni dengan kejam akan baling kumpulan pencari tadi tu...
Hahaha...

Jadi kumpulan pencari yang terkena balingan akan terkeluar...
Kalau semua terkeluar, maka kumpulan yang menghalang akan menjadi pemenang...
Yang seronoknya bila orang yang terkeluar tu menipu...
Memang dia akan sentiasa menjadi target untuk diserang...
Selalunya dia akan dibaling dengan lebih kuat sebagai hukuman menipu...
Jadi peratusan untuk main tipu tu kurang la...
Sebab kalau main tipu lagi kena teruk...
Hahaha...

Kalau setakat luka tu biasa la...
Bukan macam kebanyakkan budak sekarang...
Baru kena marah sikit, tapi mengadu kena pukul teruk...
Depa ni dimanjakan sangat sampai tak tahan lasak...
Penulis pun tak dak la lasak sangat...
Sebab penulis ada masa zaman perubahan (chewah ayat tak boleh blah...)...
Jadi nak kata budak dulu pun tak berapa nak betul...
Nak kata budak sekarang pun tak berapa nak betul...
Pening tak... hehehe...

KFC pulak memang boleh kira masa tu berapa kali makan...
Sebab dok ngan tok (nenek la tu...) kat kampung...
Jadi apa yang dimasak tu la yang dimakan...
Lagipun apa yang dimasak tu lagi sedap daripada yang ada kedai makan...
Nak pi kedai makan pun tak padan kalau setakat nak pi makan...
Makanan kat umah dah siap baru sampai kedai makan...
Hahaha... mesti ada orang gelak baca ni...
Hulu mana la budak ni duduk sampai kedai makan pun tak dak...
Ikut korang la nak percaya ka dak sebab tu hak anda...

Pokok kat dalam kebun arwah tok wan penulis...
Semua penulis dah panjat...
Siap jatuh pokok beberapa kali...
Dan yang paling teruk jatuh dari ketinggian hampir dua tingkat bangunan...
Sib baik la jatuh atas sekam kat bawah pokok tu...
Kurang la sikit implikasinya kat badan...
Tapi pengsan la jugak masa jatuh tu...
Gila hebat kalau jatuh tinggi tu tak pengsan (masa tu la...)...

Masa tu tak yah nak fikir teruk macam budak sekarang...
Budak sekarang umur empat tahun dah kena hantar ke tadika...
Pastu pulak duduk kat rumah yang kebanyakkannya adalah rumah taman...
Nak pulak mak bapak sibuk bekerja kedua - duanya...
Pastu dengan kes penculikan yang semakin berleluasa...
Memang tak dak peluang la budak - budak sekarang nak keluar lama - lama...
Tapi sebagai gantinya mereka didedahkan dengan teknologi yang serba canggih...
Sampai budak yang baru umur tiga tahun pun dah pandai melayari internet...

Kalau mak bapak tak kawal dengan baik...
Maka budak - budak yang memang dah advance ni...
Akan membuka laman yang tidak sepatutnya dibukak oleh mereka...
Sikap budak - budak kan suka belajar sesuatu yang baru...
Dan mereka akan cuba mengamalkan apa yang dipelajari agar lebih faham...
Jadi amatlah bahaya kalau benda yang dipelajari tu merupakan benda - benda lucah...
Bukan pasal apa, kes sumbang yang melibatkan adik beradik dah meningkat...
Abang dengan adik, Kakak dengan adik, Adik dengan kakak, Adik dengan abang...
Ni semua sebab depa nak cuba la apa yang depa tengok...

Jadi penulis rasa bersyukur dengan masa membesar yang penulis lalui...
Walaupun lutut pernah terkoyak sebab jatuh atas batu tajam...
Tapi tetap dapat dilalui oleh penulis dengan jayanya...
Budak - budak sekarang kebanyakkannya telah dirosakkan oleh persekitaran...
Rumah yang ada pagar tinggi - tinggi, siap ada pengawal keselamatan...
Tak pun rumah tun kat tempat yang tinggi...
Ye la kan rumah sekarang ni bertingkat - tingkat...
Yang kat atas tu mesti tak dak tanah punya...

Sekian...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih