Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Ogos 2012

Mencari Lailatul Qadar

Malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
Itulah gelaran yang diberikan kepada Lailatul Qadar...
Sehingga mempunyai surah yang khusus didalam Al-Quran...
Yang menunjukkan kemuliaan malam Al-Qadar...
Juga terdapat hadis - hadis yang menunjukkan kelebihan Lailatul Qadar...



Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 22 Julai 2012

Salam Ramadhan 2012...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama jugak blog ini tak dikemaskini...
Almaklumlah...
Makin malas nak menaip...
Tambah - tambah pulak sekarang ni idea nak tulis makin berkurang...
Tambah pulak dengan kesibukkan projek untuk subjek...
Err... Berapa kali tambah dah...

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk penulis nak ucapkan...
"SELAMAT  BERPUASA"...
Kepada pembaca yang masih sudi berkunjung ke blog ini...
Mula ingat dah tak dak orang tengok dah...
Sekali tengok statistik ada orang masuk lagi...
Walaupun banyaknya bot enjin carian...

Apa - apa pun terima kasih kepada yang masih baca blog ni...
Walaupun dah lama tak update...
Semoga kita semua sentiasa diberkati sepanjang hidup...
Semoga sentiasa dirahmati sentiasa...
Sekian untuk post kali ini...
Terima kasih...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat tinggal Ramadhan...

Ramadhan sudah pun sampai penghujungnya...
Pasti ramai yang berpusu - pusu ke pusat membeli - belah...
Walaupun sudah maklum akan berlaku kesesakkan...
Ya la kan bila buat kerja last minute...
Orang kita ni memang suka membuat persiapan disaat akhir...
Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung...
Jadi bandar akan menjadi lengang dan kampung pula yang sesak...
Inilah senario yang sering berlaku dikala perayaan menjelma...

Ada yang berkata hari ini adalah hari terakhir berpuasa...
Ada pula yang mengatakan tunggu anak bulan muncul...
Kalau betullah Ramadhan tahun ini hanya 29 hari...
Maka hari inilah hari terakhir kita berada di bulan pesta ibadah ini...
Kalau tidak maka kita masih mempunyai satu hari lagi untuk berpesta...
Walaubagaimanapun kita kena terima hakikat...
Ramadhan tetap akan meninggalkan kita...
Perjalanan kita perlu diteruskan dengan Aidilfitri...

sempadan aidilfitri


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 10 Ogos 2011

Tiga waktu berbuka di Burj Khalifa...

Seperti yang kita tahu...
Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia buat masa kini...
Ketinggiannya mencecah 828 meter (2,717 kaki)...
Mula pembinaan pada 21 September 2004 dan berakhir pada 1 Oktober 2009...
Memakan masa enam tahun untuk membinanya...
Dengan kos US $1.5 billion (RM 4.5 billion)...

Burj Khalifa


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan 1432

Untuk kali ni tak mau nak tulis panjang - panjang...
Sebab tak der isi lagi terlintas kat kepala ni...
Nak suruh ganti puasa bagi sapa yang tak habis lagi pun...
Boleh sehari saja iaitu esok hari...
Kalau yang banyak - banyak hari tu memang tak sempat dah...
Jadi artikel ini kali ni hanya untuk kongsi iklan Ramadhan daripada TV9...
Sebelum layan iklan kat bawah ni, penulis nk ucapkan...

Selamat Menyambut Ramadhan 1432/2011

Bagi sapa - sapa yang rasa nak muat turun jadual waktu imsak dan berbuka...
Boleh pilih sendiri kat jadual kat bawah ni...


BIL NEGERI KAWASAN
1 PERLIS SELURUH PERLIS
2 KEDAH ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
3 PULAU PINANG SELURUH PULAU PINANG
4 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
5 SELANGOR ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
6 WILAYAH PERSEKUTUAN SELURUH KUALA LUMPUR
SELURUH PUTRAJAYA
SELURUH LABUAN
7 NEGERI 
SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
8 MELAKA SELURUH MELAKA
9 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
10 PAHANG ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
11 TERENGGANU ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
12 KELANTAN ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
13 SABAH ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8-BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
14 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
Sumber : http://www.islam.gov.my/

Sapa nak layan iklan daripada TV 9 dan 8 TV...
Leh klik baca lagi kat bawah tu...


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 27 September 2010

Puasa Qadha atau Puasa 6 Syawal...

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

"kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"


Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah. 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 31 Ogos 2010

Adakah orang tidak masuk neraka kerana hari hujan??

Cerita ini merupakan kisah seorang budak lelaki berumur 11 tahun...
Yang telah berjaya mengelakkan kehilangan satu nyawa...
Pada hari Jumaat...
Disebabkan sikapnya yang tidak gentar melakukan perkara yang sering dilakukannya...
Walaupun hari tersebut hujan dengan lebatnya...
Artikel ini adalah tulisan semata - mata...
Jadi diharap agar pembaca dapatlah membaca sehingga habis...
Dan ambillah pengajaran daripadanya...

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para
jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan
keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga"
dan juga menyampaikan ceramah agama.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 29 Ogos 2009

Dimanakah puasa kita...

berbuka puasa

Menurut sejarah, amalan puasa muncul serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadat kepada umat Islam, malahan ia turut menjadi satu amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno.
Puasa semenjak permulaan sejarah manusia telah diterima sebagai salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat disisi-Nya selain bertindak sebagai rawatan atau kaedah bagi jiwa, menghindari kemungkaran.
Bukti yag menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan Islam lagi ialah menerusi al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”
Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu memiliki empat bentuk utama iaitu:

  1. Puasa orang-orang sufi yang dipraktikkan pada setiap hari bertujuan bagi menambahkan pahala.
  2. Puasa berbentuk menahan diri daripada berkata-kata seperti yang pernah dipraktikkan oleh kaum Yahudi sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam al-Quran: “Jika kamu (Maryam) melihat seorang manusia, maka katakanlah, sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini,” (surah Maryam:26)
  3. Berpuasa keseluruhan atau sebahagian daripada perbuatan atau bertapa sepertimana yang telah dilakukan oleh penganut Buddha dan sebahagian kaum Yahudi.
  4. Ibadah puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam pada setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Diriwayatkan dari Abdullah Ibn Umar, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Islam berdiri di atas lima tingkatan; syahadah iaitu tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan-Nya, Solat lima waktu, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.” (sumber-Dewan Asatidz Pesantren Online)

Jelas sekali, walaupun ibadah puasa telahpun dilaksanakan sejak kewujudan manusia lagi, pengisian puasa dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 22 Ogos 2009

Apa itu Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini 1hb Ramadhan 1430 bersamaan 22hb Ogos 2009...
Seluruh umat Islam di negara Malaysia mula menahan diri daripada lapar dan dahaga...
Dalam erti kata lain berpuasa...
Seperti yang diperintahkan dalam Al-Quran...



(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.                                                                                     (Al-Baqarah : 285)


Bulan Ramadhan mengandungi pelbagai kelebihan dan fadhilat...
Pada bulan inilah pelbagai ganjaran dilipatgandakan...
Kalau sebelum ni tak tahu bila masuknya waktu solat...
Masa bulan ni la jugak ramai orang tahu bila masuknya waktu solat...
Terutamanya waktu Maghrib...
Hahaha...
Nk buka puasa punya pasal la kan...
Yang tak pernah solat pun tahu bila masuk waktu Maghrib...

Pertama skali penulis nak kongsi mengenai apa itu Ramadhan...
Tak cukup la kalau sekadar mengenali Ramadhan sebagai bulan puasa sj kan...
Ramadan berasal dari kata akar رﻣض (romadho), yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah...
Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan...
Pendapat lain mengatakan bahawa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah...
Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan...

Tu definisi Ramadhan...
Macam mana pulak nak tau bila nak mula berpuasa...
Atau bila 1hb Ramadhan bermula...
Kalau kalendar yang biasa kita gunakan (klau kat sekolah penulis dulu dipanggil kalendar kapir...)
Penentuan permulaan bulan adalah tetap...
Kalau bulan tu 31 atau 30 hari, memang tak lebih dan tak kurang...
Orang kata ngam-ngam...
Cuma kalau 28 hari sj yang kadang2 bertambah jadi 29...
Itu pun tetap 4 tahun sekali...
Tetap jugak kan??

Berbeza dengan bulan yang jarang kita gunakan...
Jumlah hari dalam setiap bulan bergantung kepada fasa bulan...
Kalau cepat fasa bulan tu...
Maka bulan tu hanya ada 29 hari...
Dan 30 hari untuk sebaliknya...
Jadi kenalah teropong tengok anak bulan...
Kalau nampak maksudnya masukla bulan baru...
Nak teropong pun bukan leh main teropong sj...
Ada caranya...
Tak yah tau lah kan...
Dh ada orang tolong teropongkan untuk kita...
Hehehe...
Pastu tunggula pengumuman...
"Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa esok puasa"...
Sorang2 tepuk kepala...

Nape plak cmtu??
Fikir pasal nak sambut raya...
Baju raya, langsir raya, kuih raya, duit raya...
Pastu fikir pasal jalan raya...
Ye la kan...
Nak balik kampung mesti tahu jalan mana yang jem...
Baru senang nak buat perancangan...
Perlu bawak roti ke tak...
Senang nak sapu kalau jem nanti...
Hehehe...

Huh...
Puasa pun tak abis lagi dah fikir nak raya...
Dalam bulan ni banyak peristiwa telah berlaku...
Antaranya...
Nuzul Al-Quran...
Ramai ulama' bersetuju bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan ini...
Tapi tarikhnya kurang pasti...
Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah (mazhab yang diikuti oleh Malaysia)...
Mereka menerima bahawa Al-Quran diturunkan pada 17hb Ramadhan...
Dan tarikh inilah yang kita selalu raikan...

Peristiwa lain pada bulan ini...
Lailatul Qadr...
Merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan...
Tiada waktu yang khusus bila malam ini wujud...
Tapi, menurut beberapa riwayat...
Malam ini terjadi pada 10 malam terakhir bulan ini...
Lebih tepat lagi pada hari yang ganjil...
Walaupun ada ulama' yang mengatakan ianya terjadi pada malam 24hb...
Tapi ap yang pentingnya...
Tarikh ini dirahsiakan agar manusia...
Lebih kerap melakukan ibadah pada bulan ni...

Peristiwa lain yang berlaku pada bulan ini seperti...
Perang Badar pada 17 Ramadhan 2 bersamaan Mac 624...
Pembukaan Kota Makkah pada 19 Ramadhan 8 bersamaan dengan Disember 629...
Cukup lah setakat ni untuk kali ni...
Nanti terover panjang plak...
Susah...
Tak der orang nak bace plak...
Akhir sekali...
Penulis ingin mengucapkan...
Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia...
Dan Selamat Berpuasa...

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Sabtu, 20 September 2008

Di Mana Ramadhan Kita?

Sungguh menghairankan.........
Khabarnya dia itu sudah tertambat, sudah diikat sepanjang bulan Ramadhan ini.Bukan sekadar dengar - dengar, malah Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam sendiri telah bersabda mengenainya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

"Apabila tiba Ramadhan, maka pintu syurga (rahmat) akan dibuka, dan pintu neraka akan ditutup, dan syaitan akan ditambat"

Diumpamakan syaitan itu seperti anjing liar yang tertambat. Adakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit?... Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitannya. Namun bagaimana pula dengan yang menghampiri anjing berkenaan?... Duduk bersebelahan, mengacah - acah anjing yang geram tertambat?... Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malahan gigitan itu mungkin lebih teruk dan lebih serius kerana anjing itu sedang dalam kemarahan.......

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 7 September 2008

Enam Rahsia ketika Berpuasa

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia.......
Walaupun sudah terlambat untuk mengucapkannya kerana kita sudah 7 hari berpuasa tetapi penulis ingin juga mengucapkannya kerana tidak dapat berbuat demikian sebelum Ramadhan bermula.......
Disebabkan ini merupakan artikel pertama penulis mengenai puasa maka penulis ingin berkongsi mengenai rahsia berpuasa......


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih