Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Jumaat, 3 Julai 2009

Selamat Tinggal Kedah...

Hehehe...
Tajuk kat atas tu tak boleh blah...
Macam nak pi jauh la pulak...
Padahal nk pi Melaka jer...
Pastu bukan lama pun...
Kejap je...
Tak sampai setahun pun...

Erm...
Nape ye tetiba gatai tangan nk tulis pasal bende ni...
Alaaa...
Bukan sebab ap pun...
Cuma ak dpt tahu kata sem depan ak akan tinggal kat hostel baru...
Hostel yang mungkin tak pernah wujud sebelum ni...
Hostel tu diaorang kata masih baru lagi...
Sebab sebelum ni pun ak tak pernah dengar pun...
Tempat dia pun ak tak tau kat mane...
Nama hostel tu kalau tak silap ak la "Murai Jaya"...
Nape diberi nama tu pun ak tak tau...MANMA Site
Hehehe...
Mungkin sebab banyak burung murai kot...
Tak pun tokei dia tu mulut murai...
Eh2... ap ak fikir plak ni...MANMA Site
Huhuhu...
Adeh...

Pagi 1hb Julai 2009...
Dalam tengah dok blur tu...
Tetiba plak posmen dtg...
Mula2 ak ingat tak de pape...
Sbb besa r kan bila posmen dtg...
Jadi ak pun pi la ambik surat tu...
Hahaha...
Gelak besar ak bila baca surat tu...
Ak ingat dh tak sampai dah...
Surat daripada UTeM...
Malas tol r UTeM ni...
Nama ngan alamat ak pun pelekat jer...
Dan nama kolej kediaman ak pun tak dak...
Macam nak halau kluar dari UTeM jer...MANMA Site
Hehehe... emo la pulak... adeh...
Pastu terdetik la plak nk pi laman web UTeM...
Ni dia info kat laman web tu...


MANMA Site

Klau tgk daripada gambar kat atas tu...
Murai Jaya tu adalah rumah teres...
Kan dia tulis Murai Jaya teres...
Klau btul la...
Sem 1 Tahun 2 atau sem 3 ni...
Ak tinggal kat rumah teres...
Huh...
Tak kan UTeM nak sewa rumah kot...
Satu fakulti nak tinggal...
Banyak jugak rumah kalau nak sewa tu...MANMA Site
Aaahhh...
Mimpi jer la ak...MANMA Site
Tapi kan...
Tgk peta yang diaorang bagi tu...
Walaupun peta tu tak berapa betul...
Rasa2nye Kolej Kediaman tu jauh daripada kolej2 lain...
Sebab ak tanye org yang agak terer gak pasal Melaka...
Dia kata hostel tu dekat area2 function malam aritu...
Erk... Jauh gak tu...

Erm...
Apa pun tak pe lah...
Alhamdulillah masih ada tempat tinggal...
Banyak lagi orang yang tak de tempat tinggal...
Cian diaorang...
Huhuhu... (insaf kejap...)
Cukup la setakat ni...
Selamat Tinggal pekan Jitra...
Selamat Tinggal negeri yang tercinta Kedah Darul Aman...
Ak mahu sambung belajar...
Tunggu kedatangan ak Melaka...
Sekian~


***********************************************************************************
*kemaskini*
11 Ogos 2010 - Peta ke Kolej Kediaman Universiti Teknikal Malaysia Melaka...

Klik gambar untuk paparan lebih besar

Petunjuk :
1. Kolej Kediaman UTeM Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Melaka.
2. Kolej Kediaman UTeM Taman Tasik Utama 2, Ayer Keroh, Melaka.
3. Kolej Kediaman UTeM Taman Tasik Utama 3, Ayer Keroh, Melaka.
4. Kolej Kediaman UTeM Murni, Bukit Beruang, Melaka.
5. Kolej Kediaman UTeM D' Apartment, Bukit Beruang, Melaka.
6. Kolej Kediaman UTeM Emerald Park, Bukit Beruang Melaka.
7. Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya, Bukit Beruang, Melaka.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Ahad, 28 Jun 2009

El Camino de la Muerte - beranikah anda???

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Tgk sj tajuk kat atas tu mesti ada yang fikir...
Bg yang pernah dengar nama tu...
Mesti tahu ap sebenarnya tajuk tu...
Bagi yang tak pernah dengar...
Mesti kata ap kebendanya tu...

Ok la...
Penulis pun sebenarnya tak tahu ap maksudnya...
Cuma bila terbaca sj artikel pasal benda tu...
Terasa plak nak kongsi ngan pelawat blog ni...
Sebenarnya tajuk tu adalah nama satu jalan yang terletak di Bolivia...
Sebuah negara yang terletak di tengah2 benua Amerika Selatan...
Bersempadan dengan Brazil, Paraguay, Peru, Argentina dan Chilie...

Jalan ini telah di wartakan sebagai Jalan Paling Bahaya Didunia pada 1995...blogger-emoticon.blogspot.com
Ia lebih dikenali dengan Jalan Yungas Utara...
Jarak jalan ini adalah diantara 61 hingga 69 kilometer...
Dibina oleh tahanan Paraguaypada tahun 1930-an...
Lebih tepat lagi semasa perang Chaco...
Merentasi hutan Amazon...
Menghubungkan La Paz dengan Coroico...

Paling lebar hanya 3.2 meter sj...
Dapat memuatkan sebuah trak...blogger-emoticon.blogspot.com
Dengan kekurangan besi penghadang...blogger-emoticon.blogspot.com
Membuatkan anda berfikir dua kali untuk melalui jalan ini...
Jalan ini mengambil nyawa antara 200 ke 300 orang setahun...
Terdapat bebarapa tempat pada jalan ini telah ditanda...
Tempat2 tersebut merupakan tempat di mana kemalangan telah berlaku...

Disebabkan oleh keterlalubahayaan jalan tu...
Kerajaan negara tersebut telah membina jalan alternatif...
Jalan baru ini lebih lebar untuk memuatkan lebih banyak kenderaan...
Diturap dengan tar dan dipasang dengan besi penghadang...
Setelah dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2006...
Trafik semakin berkurang pada jalan yang paling bahaya tersebut...
El Camino de la Muerte lebih banyak digunakan untuk berbasikal...
Di bawah ni ada beberapa gambar yang dapat penulis cari untuk dikongsi bersama...














Bawah ni ada sikit pratonton mengenai jalan tersebut...
Penulis berharap anda dapat menonton sehingga habis...
Selamat menonton...




Kat bawah ni ada satu lagi gambar...
Tapi penulis tak tau kat mana sebenarnya...
Penulis nak mintak maaf la sebab sebelum ni masukkan skali ngan gambar El Camino de la Muerte...
Sapa2 yang ada info pasal gambar kat bawah ni boleh la kongsi bersama...
Hehehe...





Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Khamis, 25 Jun 2009

Tiket Perjalanan Percuma...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dalam kehidupan ni sapa yang tak mau berjalan...
Bercuti, melancong ke destinasi2 yang menarik diseluruh dunia...
Ada yang pi Amerika, London, Australia, Korea, Jepun, China...
Ada juga yang pi Arab Saudi, Mesir, Afrika, Indonesia, Brunei...
Dan macam2 lagi la tempat2 menarik...
Walaupun penulis tak pernah pun sampai...
Maklumlah...
Boleh dikatakan penulis ni katak dibawah tempurung la...
Walaupun tempurung dah kurang sekarang...
Hehehe...
Tak kurang juga yang suka melencong kan...

Ok...
Bila nak berjalan (type berjalan la senang untuk ganti perkataan melancong tu...)
Mesti kena guna kos kan...
Ada yang beringgit-ringgit sj...
Tak kurang jugak yang smpai beribu-ribu ringgit...
Pi mana tu smpai beribu-ribu ringgit...
Tapi kalau free atau percuma...
Lagi best kan...
Mesti semua nak pi berjalan...
Penulis ada dapat satu tawaran ni...
Tiket perjalanan percuma...
Sapa saja boleh tempah...
Tak dak apa2 syarat pun...
Berminat?? Klik baca lagi...

BUTIR-BUTIR DIRI
Nama Sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Bumi

MAKLUMAT PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan fana di dunia
Destinasi : Alam akhirat yg abadi
Tempoh perjalanan: Seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa berlepas: Ketika Malaikat Maut menjemput
Masa pendaftaran : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, mesti dan tidak boleh berubah

SYARAT PERJALANAN
~ Ditujukan kepada semua penumpang, Sila beri perhatian, kerana anda akan memulakan perjalanan anda pada bila-bila masa
~Bagi penumpang yg masih belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut dari dalam Al-Quran dan hadith. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada para alim ulama dan cendikiawan.

KEPERLUAN
~kain kafan
~Kapas putih secukupnya

MUATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
~Amal soleh
~Sedekah jariah
~Doa anak-anak yang soleh
~Ilmu yang dimanfaatkan

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah satu hala, tetap dan pasti. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur bakti dan khidmat kepada anda. Semoga anda gembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman Allah yg bermaksud:
Barangsiapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik terhadap Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan baik. Jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesiapapun.

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Isnin, 22 Jun 2009

Mozilla Firefox 3.5 (RC2)...

Mozilla FirefoxFirefox 3.5

Firefox 3.0                            Firefox 3.5

Pasti ramai yang mengenali nama dan gambar diatas...
Mozilla Firefox merupakan pelayar web yang diberi licence secara terbuka...
Dengan peratusan pengguna sebanyak 22.56 pada bulan Mei 2009, Firefox telah menjadi pelayar web kedua paling popular selepas Microsoft Internet Explorer (IE)...
Menggunakan enjin Gecko yang merupakan salah satu perisian khas yang dibangunkan oleh Mozilla untuk memaparkan laman sesawang...


Ok, cukup la sikit2...
Nanti ada pulak yang tak sanggup nak baca kan ...
Erm...
Mesti ada yang tertanya-tanya...
Btul ke versi 3.5?? ...
Yang ak guna pun baru versi 3.0 ...
Mana 3.1, 3.2, 3.3, 3.4 ??


Hehehe...
Mula2 pun penulis pun terkejut jugak la...
Tak kan la ketinggalan kot...
Huhuhu...
Memang betul versi selepas ni 3.5...
Asalnya diaorang nk kluarkan 3.1...
Tapi disebabkan banyak sangat perubahan yang dilakukan...
Maka pada 27 April 2009 nombor 3.1 telah ditukar kepada 3.5...
Kemudian Firefox RC1 dikluarkan pada 16 Jun 2009 dan RC2 dikluarkan pada 19 Jun 2009...
Lebih 80,000 orang telah menggunakan versi 3.5 RC2 ni...
Perkara yang nampak terang2 diubah ialah logo baru firefox...
Logo terbarunya lebih nampak realiti berbanding sebelum ni...
Antara ciri2 lain yang ditambah dalam versi ni ialah 'Private Browsing'...






Ciri ini menyebabkan semua maklumat pelayaran tidak disimpan...
Jadi, maklumat peribadi anda tidak terdedah kepada orang lain...
Versi baru ini juga dikatakan 2 kali lebih laju berbanding versi 3.0 dan 10 kali lebih laju daripada versi 2.0...
Mungkin disebabkan masih dalam pembangunan...
Ada jugak la extension tak boleh guna dengan versi ni...
Jadi siapa nak cuba guna versi terbaru ni...
Bolehla maklumkan kat Mozilla extension mana yang tak boleh nak guna...


Erm...
Rasanya cukup la setakat ni...
Nak tau lebih buka la blog Mozilla...
Kat bawah ni ada screen shot versi baru...
Sekian...





.


Kemaskini : 3 Jun 2009, Mozilla Firefox 3.5 RC3 dah kluar...
Kemaskini 2 : Mozilla Firefox 3.5 official dah dikeluarkan...

 

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih