kemaskini**
mekanisma ini telah ditangguhkan...
tapi tak tau la smpai bila nk ditangguhkan...
kalau tak boleh naik harga minyak...
tak tau la harga apa pulak dia nak naikkan...
Sebelum penulis bercerita panjang...
Silalah baca pernyataan dibawah...
Dua harga petrol mulai 1 Mei 2010
PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (dahulunya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.
“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol. Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya. Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei. “Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya. Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen. “Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya. Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. Bernama
Dah abes baca pernyataan kat atas tuh??
Jadi dapat tak anda bayangkan...
Bagaimana keadaannya jika kenaikkan ini betul - betul berlaku??
Ingat tak semasa minyak naik sampai RM 2.70 seliter dulu...
Apa yang jadi pada rakyat??
Ramai rakyat hampir kebulur disebabkan keputusan tersebut...
Kenapa??
Nak pi cari makanan kena guna kenderaan...
Kalau la kata guna kenderaan awam pun...
Mesti guna minyak jugak kan??
Jadi perbelanjaan untuk hidup dalam satu hari memang tinggi...
Penulis sendiri pun terkena tempiasnya...
Harga tiket bas yang sebelum ini penulis beli pada harga RM 41...
Masa naik tuh kena beli pada harga RM 55...
Ingat aku banyak duit ka nak bayaq harga tu??
Dah la aku masih belajaq lagi...
Mana aku nak cekau duit banyak macam tu??
Kena la potong bajet untuk makan...
Sebelum tu makan kat kedai bawah tu...
Masa tu kena kedarah maggi jer...
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL dibawah pimpinan PAK LAH masa tu...
Dah abis duit untuk pilihanraya umum ke-13...
Nak ambik duit rakyat untuk tampung balik...
Masa nak guna tu bukan nak fikir bajet...
Dah terhantuk baru nak tergadah...
Lepas tu bila dah tampung balik duit tuh...
Baru umumkan harga minyak turun...
Kononnya harga minyak dunia jatuh...
Padahal dah sedap guna duit rakyat sampai tak sedar...
Pastu yang susah rakyat jugak...
Harga barang tak jugak turun...
Tiket bas pun tak reti - reti nak murah balik...
Lepas ni naik pasal apa pulak??
Pilihanraya Hulu Selangor??
Hahaha...
Dasat betul kalau Pilihanraya Kecil Hulu Selangor perlukan lebih banyak peruntukan berbanding Pilihanraya Umum...
Lawak pun kadang - kadang ada...
Jadi kita tunggulah apa nak jadi bulan Mei nih...
Kalau naik jugak...
Mau terguling terus KERAJAAN BARISAN NASIONAL a.k.a KERAJAAN 1 MALAYSIA...
Sekian~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan