Jumaat, 26 Disember 2008
Membina antena televisyen anda sendiri.......
Dah terlalu bersawang dah blog ni........
Jadi kali ni penulis nak buat satu tutorial la sikit pasai antena tv kat umah tu (atau kat mana2 pun la)......
Mungkin ada yang berfikir buat apa susah2 nak buat sendiri...
Kat kedai kan banyak jual... Kadang2 beli tv pun dapat free antena tv kan........
Penulis pun mula2 fikir camtu juga la..... tapi dah ada pengetahuan saya cuba kongsi la dengan semua kekawan.......
Sebenarnya bukan susah pun nak buat antena ni....
Anda boleh membuatnya sendiri daripada antenna yang lama ataupun membeli bahannya dari kedai aluminium yang terdekat. Kan itu lebih menjimatkan.....
Di bawah ini ialah rekabentuk dan ukuran yang telah dibuat dan diuji. Ianya sesuai untuk hampir semua siaran televisyen.......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Jumaat, 7 November 2008
Rahsia Tarikh Lahir
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh: 07 November 1990
07 + 11 + 1990 =2008
2 + 0 + 0 + 8 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir.. kalu no: 8.. tuh power giler tuh !
Kalau malas nak kira macam kat atas boleh download sofware yang hampir sama
kat sini atau kat sini atau kat sini. Kalau tak boleh jugak nak download kira la sendiri ye. Pastu bandingkan jawapan ngan kenyataan kat bawah..... Selamat mencuba....
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Rabu, 5 November 2008
Cerita 2
Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.
Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang ke rumah.
Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Selasa, 4 November 2008
Cerita 1
Jangan korek lama-lama..... geli.
Tapi, jangan tak korek langsung..... kang penuh plak taik telinga.
Kalau susah nak masuk kerana masih lembik, jilat dulu hujungnya.
Bila dah keras dan tegang, arahkan betul-betul ke lubangnya.
Jangan tersasar, kang tension dibuatnya.
Jangan gelojoh, tekan sikit-sikit supaya masuk dan tarik perlahan-lahan.
Selamat menjahit.....
Aku duduk di atasnya,
ku rasakan kenikmatan,
empuk dan lembut menyentuh punggungku.
Dia mengenjot,
dari kiri ke kanan, atas bawah, naik turun.
Ohhhh... nikmatnya naik beca...
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Isnin, 3 November 2008
.::Atuk Kata::.
hidup panjang lagi...
dah tua nanti taubatlah...
bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi...
entah esok lusa Izrail datang menjemput...
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Ahad, 2 November 2008
Bihun vs Mee
Sudah lama rasanya penulis tidak menulis...
Rasa seperti dah terlebih sawang pulak blog penulis ni...
Jadi untuk artikel kali ini penulis ingin menceritakan satu cerita...
Iaitu cerita mengenai dua jenis makanan iaitu bihun dan mee...
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Jumaat, 3 Oktober 2008
Apa Itu Hari Raya Aidilfitri.......
Mungkin ada yang kurang mengetahui apa itu 'Eid ul-Fitr' atau Hari Raya Aidilfitri. Di sini penulis ingin menerangkan serba sikit tentangnya...
Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: عيد الفطر 'Eid ul-Fitr "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran (Indonesia). Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi meraikan kemenangan pada bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun (betul ke tekun...) dan ikhlas (yang ni confirm bukan semua). Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam (selain Hari Raya Korban).
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Selamat Hari Raya..........
Pertama sekali penulis ingin menyusun sepuluh jari tangan dan kaki (boleh ka???) ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua pelawat blog ini........
Post kali ni lambat sikit dari biasa sebab tak sempat nak online..... Biasala bila balik kampung.... Kalau kat umah ada la (tu pun kalau cc bukak)......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Selasa, 23 September 2008
Bahulu Warisan - Usahawan Melayu Yang Berjaya
Dalam fikiran, saya sudah membayangkan kuih tradisi pelengkap juadah yang sentiasa terhidang di kampung halaman kala musim perayaan.
Bau enak itu terus mengembalikan nostalgia tentang kesibukan nenek setiap kali menjelang Aidilfitri. Tanpa henti untuk satu tempoh, tangan nenek memukul adunan tepung, telur dan gula berhampiran sebuah dapur arang dengan sabut kelapa yang dibakar. Pada masa yang sama, nenek begitu mahir dan sabar memasukkan campuran itu ke dalam acuan berbentuk ikan atau buah cermai untuk menghasilkan bahulu yang gebu dan enak.
Kenangan itu membuatkan saya mencari arah mana bau kuih tradisi itu muncul. Umpama mengesahkan tanggapan awal, bau itu datangnya dari sebuah kedai kecil yang terpalit percikan cat berwarna merah dan kuning menghiasi sudut dalaman kedai sekali gus menarik perhatian pengunjung yang lalu di hadapannya.
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Isnin, 22 September 2008
Enjit - enjit Semut........
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Sabtu, 20 September 2008
Di Mana Ramadhan Kita?
Khabarnya dia itu sudah tertambat, sudah diikat sepanjang bulan Ramadhan ini.Bukan sekadar dengar - dengar, malah Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam sendiri telah bersabda mengenainya dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
Diumpamakan syaitan itu seperti anjing liar yang tertambat. Adakah anjing yang ditambat tidak mampu menggigit?... Tentu sahaja bagi mereka yang menjauhi anjing tersebut, akan terselamat dari serangan dan gigitannya. Namun bagaimana pula dengan yang menghampiri anjing berkenaan?... Duduk bersebelahan, mengacah - acah anjing yang geram tertambat?... Tidak mustahil manusia dungu ini terkena gigitan, malahan gigitan itu mungkin lebih teruk dan lebih serius kerana anjing itu sedang dalam kemarahan.......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Rabu, 17 September 2008
Tiket...... oh tiket.........
Selalunya macam biasala kan tiket untuk balik ke kampung untuk raya mesti cepat abis....... Maka ada yang sanggup membeli tiket lebih awal sampaikan sanggup menunggu berjam - jam semata - mata untuk mendapatkan tiket bagi tujuan balik kampung....... Bagi yang dapat tiket untuk balik kampung "Alhamdulillah" dapat la beraya ngan mak dan ayah kat kampung..... bagi yang kurang bernasib baik terpaksa la beraya berjauhan ngan keluarga kan..........
Bila dapat balik kampung timbul pulak masalah nak balik semula ke tempat kerja bagi yang bekerja, bagi yang belajar untuk balik ke tempat belajar la kan........
Bagi sesiapa yang ada masalah seperti yang baru disebutkan kat atas, nasibnya sama la ngan penulis......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Ahad, 7 September 2008
Enam Rahsia ketika Berpuasa
Walaupun sudah terlambat untuk mengucapkannya kerana kita sudah 7 hari berpuasa tetapi penulis ingin juga mengucapkannya kerana tidak dapat berbuat demikian sebelum Ramadhan bermula.......
Disebabkan ini merupakan artikel pertama penulis mengenai puasa maka penulis ingin berkongsi mengenai rahsia berpuasa......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Ahad, 24 Ogos 2008
MANMA Pulang Ke Bunga Raya...................
Bas lain dah tak dak....
tak kan nak naik Durian Burung pulakkan...........
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Jumaat, 22 Ogos 2008
Memasang 'Star Rating' pada blogger.......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Kuih Bahulu.............
Kuih bahulu adalah kuih yang berwarna coklat keemasan yang sedikit rangup diluar dan lembut di dalam. Secara ammnya bahulu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang pertama yang dikenali dengan bahulu cermai (the button) dan bahulu ikan (the goldfish). Bahulu jenis inilah yang selalu kita jumpa di pasaran. Dua lagi jenis bahulu dikenali dengan nama bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu jenis ini jarang dan susah untuk didapati di pasaran kerana bahulu jenis ini perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.
Agak mudah untuk kita membuat sendiri bahulu kerana bahan - bahan yang digunakan hanyalah tepung gandum, telur, gula, dan sedikit minyak masak. Bagi bahulu jenis kedua dan ketiga hanya perlu tambahkan jem atau kaya pada setiap lapisan atau pada bahagian dalam bahulu yang hendak digulung.
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Isnin, 18 Ogos 2008
Perjalanan Pulang Ke KEDAH.........
Hari ni merupakan hari aku balik ke kampung sebab cuti pertengahan semester 1.......
Dalam pukul 6.30 aku menaiki bas dari Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya ke Melaka Sentral (MS)..... Tiket bas aku dah beli 2 minggu yang lalu coz takut tiket abis.......
Bila dah sampai MS terus masuk la cari terminal bas yang aku nak naik........ dah jumpa aku letak kejap beg aku kat tepi pintu Terminal 1..... Memandangkan bas aku kul 9.30 mlm.... jadi aku ajak la kekawan round satu MS tu......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Rabu, 9 Julai 2008
Kehidupan di UTeM (MHS2)
Granade tu kena sembunyikan kepala......jangan bagi abang fasi nampak kepala.....(yang bawah pakat sembunyi bawah kerusi, yang atas tu ada yang tutup guna beg la....macam2 cara lagilah)
Masa granade tu bermulalah sesi berleter bagi pelajar lelaki.....(yang pompuan dok gelak jer....)
Lepas tu kami diberi arahan CLEAR!!!!! (dok macam biasa balik la).....
Dah abis semua benda alah tu......bermulalah teknik baru yang bakal di ajar kat kami.......
Dengar muzik......tau dah teknik apa yang nak kena ni.....
Teknik 3 : Chicken Dance......
Teknik 4 : Pop Swek......
Teknik 5 : Libas.....libas.......aummmmm
Pastu kami dihidangi montaj untuk MHS hari tu........
Nampak la gambar tido (macam - macam gaya)
Pastu naik bas balik macam biasa kena jalan kaki masuk kolej......tido kul 2......
Hari 3
Hari ni adalah hari abang fasi bersama pelajar kerana dipenuhi oleh LDK dari pagi sampai ke petang....
Pagi tu kena dok kat atas pulak sebab lambat sampai....(tempat bawah dah penuh)....sejuk nak mampos sebab lubang air-cond tu betul2 kat atas kepala aku....(bayangkanlah.....hehehehehehe)
Pastu tu LDK ke-2 pulak dijalankan...... Rasa best sikit compare ngan LDK 1...... Kami kena nyanyi lagu Inila Barisan Kita (lagu perajurit la). Dah x berapa semangat nyanyi lagu tu, maka kami pun terpaksala nyanyi skali lagi lagu tu tapi semua perkataan blakang kena tukar kepada jalan, pisang, dan telur......Maka jadila Ini lah Barisan Jalan/Pisang/Telur........
Petang tu.....
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Selasa, 8 Julai 2008
Kehidupan di UTeM (Minggu Haluan Siswa-MHS)......
MALAM HARI PENDAFTARAN
Kami semua dibawa ke kompleks sukan yang terletak kat Kampus Induk......malam tu hujan......abis basah.....pastu masuk dalam air-cond pulak.....fuh......macam dok kat kutub utara........
Sib baik tak kena dok kat atas...... kalau tak, beku aku malam tu............
First kena taklimat ngan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni atau nama popularnya HEPA.... Pakat khusyuk malam tu dengar taklimat dia.........
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Sabtu, 5 Julai 2008
Perjalanan ke UTeM2...
Pagi
Kami pun memulakan perjalanan daripada umah Mak Su aku dalam kul 9.30.....
Dalam kul 11 sampai la ke Melaka........
Keluar2 tol Ayer Keroh nampak la sign board nak pi UTeM kampus induk.......pi la masuk ikut sign board tu. Bila dah sampai (kalau tak silap aku nama tempat tu nama Durian Tunggal) terkejut aku tengok macam mana nak belajar kampus pun tak siap lagi baru dok bina........
Bila tengok balik surat tawaran kena pi kat kampus industri kat Ayer Keroh........
Pusing balik la........ Tengok minyak dah hampir abis singgah la kat Petronas... sambil isi minyak tanya la abang tu kat mana UTeM ni ada kat mana sebenarnya ni..........
Sekali abang tu jawab ada 3 kampus terkejut beruk aku........Apa kes sampai 3 tempat ni.......
Pastu aku pun tanya le kat mana kampus industri coz aku kena daftar kat situ........
Abang tu kata ikut masuk simpang ke MITC (apa kebendenye MITC tu).............
Petang
Dah jumpa kampus tu aku cakap la kat ayah aku suruh singgah kat zoo pulak......... Maklumlah nak kena masuk U kan bukan senang nak jumpa lepas ni........
Masa dok kat depan Zoo Melaka tu aku suruhla ayah aku tempah hotel yang paling dekat ngan tempat aku nak daftar esoknya........ Dia kata dalam kul 2 boleh check-in......So masuk la dalam zoo dulu.......
Dah abis check-in kat AnCasa Hotel tu (kalau tak silap aku no bilik aku 417 kot)..... Mulalah menyemak apa yang kena bawak masa daftar esok..............
Check2 baru perasan baju kemeja putih lupa bawak(hehehehehehe)...... Kalut petang tu pi cari sebab esok dah nak daftar.........
Malam
Dah abis membeli maka macam biasalah perut mesti diisi........hehehehehe
Stop sat kat warung tepi jalan sebelum simpang jalan masuk ke hotel.........hehehehehe
Pastu terus balik ke hotel tido..........
Ahad 29 Jun 2008
Pagi
Berdebar2 la nak masuk daftar kat U............. Pagi tu check skali lagi borang yang nak wak pi masa daftar........ Masa tengah check tu teringat pulak yang slip keputusan SPM yang fotostat......(memang mat lupa la aku ni)
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Khamis, 26 Jun 2008
Perjalanan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)...
Pi buka akaun Bank Islam...(sebab U aku guna Bank Islam untuk masuk duit PTPTN)..... Sib bek orang tak ramai jadi pi isi kat kaunter je la.. Pastu terus bagi kat kak tu....Akaun SSPN tak leh nak bukak lagi coz lupa bawak salinan slip gaji.....
Jumaat 27 Jun 208
Pagi
Pagi2 lagi dah pi cari tandatangan tok penghulu sebab biasalakan suka buat kerja last minute......
Petang
Pi sembahyang jumaat dulu.....hehehehehehe
Pastu berkemas untuk memulakan perjalanan...............
Mula2 pi tengok Paksu aku dulu yang baru masuk kat HJ...........
Dalam kul lima baru bertolak.........
Macam besa la naiik lebuhraya kan sekali pecut tak 120 tak sah......(tapi bukan aku yang bawak.......aku mana ada lesen lagi hehehehehehehehe)......
Malam
Sampai kat Tapah dalam kul 9.00 malam baru boleh stop sat coz kat Sg Perak baru dok nak naik taraf........
Cadang malam tu nak terus ke Melaka tapi bila sampai kat Bangi teringat pulak yang Mak Su(adik mak aku yang tadi tu adik pak aku) suruh singgah kat umah dia kat Bandar Putera Mahkota.......
Punya la cari, dah la tak pernah dengar Putera Mahkota tu........
So mak aku telefon la Mak Su aku tu. Masa tu dah lepas kat simpang nak keluar ke KLIA ka CyberJaya(tak ingat la simpang mana tapi dah lepas sikit la simpang nak pi tempat Mak Su aku tu)..........
Bila bagitau macam tu kat Mak Su aku dia suruh cari simpang nak keluar ke nilai utara.....
Maka kami yang tak berapa tau tempat tu terus cari simpang Nilai.........
Bila dah sampai ke Nilai3 maka kami taula kata kami dah sesat...........
Maka akula yang cari balik sign board nak pi ke Bangi balik........
Bila dah masuk kat Bandar Putera Mahkota tu.....mak aku pun telefonla Mak Su aku... Dah silap dengar pusing pi kat tempat lain. Pusingla balik pulak.....
Last -last sampai jugak kat Umah Mak Su aku.......
Untuk mengetahui kisah selanjutnya tunggu versi kedua pulak ye.......
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Khamis, 19 Jun 2008
Tip untuk mengurangkan tekanan berikutan kenaikan harga minyak........
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Ahad, 15 Jun 2008
Kiamat sudah terlalu hampir tiba.....
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Khamis, 22 Mei 2008
"Kisah Seorang Budak Kampung......"
Ianya bermula apabila seorang budak kampung yang tak tau apa2 tentang dunia globalisasi terserempak seorang lelaki bandar telah beberapa hari berada di kampung itu yang sedang mencari sebuah nset yang hilang di sebuah masjid......
Saya namakan budak kampung tersebut Ali (bukan nama sebenar) supaya menyenangkan pemahaman pembaca dan lelaki bandar tersebut Jamal......
Maka bermulalah dialog diantara mereka......
Jamal : Adik ada nampak telefon abang tak?
Ali : Boleh abang cerita sikit ciri - ciri telefon tu.....
Jamal : Oklah....Adik tau kan macam mana bentuk telefon kan....
Ali : (Sambil membayangkan telefon yang macam dalam cerita P. Ramlee tu) Tau2... Ada lagi ka ciri2 lain....
Jamal : Ada.... Telefon tu ada kamera.....
Ali : (Sambil membayangkan sebuah telefon dengan kamera) Kamera tu dok kat mana....
Jamal : Bahagian atas la..... Kot depan pun boleh tangkap gambar kot blakang pun boleh.....
Ali : (Sambil membayangkan telefon tadi dengan kamera yang dalam cerita 6 jahanam diatasnya) Ada ka telefon macam tu.... Apa lagi ciri2 dia....
Jamal : Ada..... Lagi? Telefon tu boleh tengok TV...... Boleh bukak internet......
Ali : (Sambil membayangkan telefon, atas ada kamera pastu ada TV kat atasnya) Isy....mintak maafla abang. Saya tak pernah jumpa telefon pelik macam tu.... Abang tanya orang lain la.....
Tiba2 ada seorang pemuda datang menyerahkan telefon bimbit si Jamal ni depan mamat tadi tu.....
Ali : Apa benda tu....
Jamal : Ni la telefon abang yang hilang tadi tu....
Maka Jamal tahulah bahawa si Ali ni tak tahu langsung tentang teknologi masa kini.....
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Selasa, 20 Mei 2008
"Tamatlah Riwayatnya....."
Laporan bedah siasat terhadap hard disk aku yang berkapasiti 80 Gb itu telah pun disahkan tidak boleh digunakan lagi....
Perkara ini mungkin disebabkan oleh pendedahan yang keterlaluan kepada virus (aku pun x tau virus apa)....
Maka semua data yang terdapat didalamnya lesap bersama - sama kerosakan tersebut....
Perkara ini disedari apabila aku men'try'kannya kepada laptop seorang kawan aku....
Dia kata beli lainla hadr disk tu.... Dah x bleh guna lagi....
Sekian saja posting kali ini....
Terima kasih kerana sudi membaca kisah di atas.....
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Rabu, 14 Mei 2008
"Muqaddimah"
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi mengakses blog ni.......
Walaupun tak seberapa hebat tapi cukuplah untuk meluahkan isi hati & ilmu......
Sekian terima kasih....
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Jumaat, 4 April 2008
Siapa Penulis........
Nama : | Muhammad Azim Naufal B. Mohd Ashri B. Ismail B. Ali. |
Tarikh Lahir : | 19 Rabiul-Akhir 1411, 07 November 1990. |
Tempat Lahir : | 169, Kampung Kubang Menerong, Mukim Ah, Padang Sera, 06100 Kodiang, Kedah. |
Nama Ayah : | Mohd Ashri B. Ismail B. Ali. |
Tarikh Lahir : | 3 Syawal 1383, 17 Februari 1964 |
Tarikh Kembali : | 22 Sha'aban 1445, 4 Mac 2024 |
Nama Mama : | Zuraiza Bt. Ahmad B. Saad. |
Tarikh Lahir : | 7 Zulhijjah 1383, 20 April 1964 |
Nama Wan (Ayah) : | Ismail B. Ali |
Nama Tok (Ayah) : | Ramlah Bt. Endut |
Nama Wan (Mama) : | Ahmad B. Saad. |
Nama Tok (Mama) : | Rokiah Bt. |
Nama Wan S (Mama) : | Hashim B. Saad. |
Nama Tok S (Mama) : | Embun Bt. Ismail. |
Nama Isteri : | Nurul Fathiyah Bt. Shamsudin B. Yusof |
Tarikh Lahir : | 3 Jamadil-Akhir 1411, 21 Disember 1990 |
Nama Anak 1 : | Anas Uzaer B. Muhammad Azim Naufal. |
Tarikh Lahir : | 3 Jamadil-Akhir 1444, 26 Disember 2022 |
Alamat Tetap :
151, Taman Suria 1, Jalan Jitra Kodiang, 06000 Jitra, Kedah.
194, Jalan Gemilang 6, Taman Gemilang, 06000 Jitra, Kedah.
Warna Kesukaan : Biru, Merah, Hijau, Kuning.
Alamat Tak Tetap :
169, Kampung Kubang Menerong, Mukim Ah, Padang Sera, 06100 Kodiang, Kedah (Tadika NURY, Jan94-Dis95)
Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan Kodiang, Sekolah Kebangsaan Kodiang , Jalan Kodiang, 06100, Kodiang, Kedah (Tadika NURY, Jan 96-Dis96, Tahun 1 - Tahun 2, Jan97-Apr98)
151, Taman Suria, Jalan Jitra Kodiang, 06000 Jitra, Kedah (Tahun 2 - Tahun 6, Apr98-Dis02)
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350, Alor Setar, Kedah (Tingkatan 1 - Tingkatan 5, Jan03 - Dis07)
MUR-B-4-8-3, Kolej Kediaman UTeM Murni, Pangsapuri Bukit Beruang Murni, 75350 Bukit Beruang, Melaka (Minggu Haluan Siswa, 29Jun08 - 04Jul08).
A2 - 4B - 1C, Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya, Pangsapuri Bunga Raya, 75350 Bukit Beruang, Melaka (Semester 1, 07Jul08 - 28Dis08).
A2-3B-3A, Kolej Kediaman Pelajar, Pangsapuri Bunga Raya, 75350, Bukit Beruang, Melaka (Semester 2, 30Dis08 - 24Apr09).
DT4435, Kolej Kediaman UTeM Taman Murai Jaya, Jalan Murai Jaya 9, Taman Murai Jaya, 76100, Durian Tunggal, Melaka (Semester 3, 06Jul09 - 15Nov09, Semester 4, 28Dis09 - 16Apr10).
No 20, Jalan PI 1, Taman Sungai Putat Indah, 75450, Batu Berendam, Melaka (Latihan Industri, 26Apr10 - 02Jul10).
No 14, Jalan TU 22, Taman Tasik Utama, 75350, Ayer Keroh, Melaka (Semester 5, 12Jul10 - 24Nov10).
DT1441, Jalan Garuda 2, Taman Garuda, 76100, Durian Tunggal, Melaka (Semester 6, 30Dis10 - 05Mei11.
No 61, Jalan OZ 12, Ozana Impian, 75450, Bukit Katil, Melaka (Projek Diploma, 06Mei11 - 15Mei11).
MUR-B-2-3-3, Kolej Kediaman UTeM Murni, Pangsapuri Bukit Beruang Murni, 75350 Bukit Beruang, Melaka (Minggu Haluan Siswa, 04Sept11 - 09Sept11, Semester 1, 26Sept11 - 18Jan12).
MUR-A-2-10-3, Kolej Kediaman UTeM Murni, Pangsapuri Bukit Beruang Murni, 75350 Bukit Beruang, Melaka (Semester 2, 20Feb12 - 24Jun12).
A-10-3-R3, Kolej Kediaman UTeM Emerald, Pangsapuri Bukit Beruang Emerald, 75350 Bukit Beruang, Melaka (Amalan Kejuruteraan, 24Jun12 - 14Jul12).
DT 2674, Jalan Seri Bayan 3, Taman Seri Bayan, Gangsa,76100, Durian Tunggal, Melaka (Semester 3, 09Sept12 - 29Sept12).
DT4333, Jalan Murai Jaya 2, Taman Murai Jaya, 76100, Durian Tunggal, Melaka (Semester 3, 29Sept12 - 15Jan13 , Semester 4 18Feb13 - 22Jun13, Semester Khas 29Jul13 - 06Sept14).
151, Taman Suria, Jalan Jitra Kodiang, 06000 Jitra, Kedah (Latihan Industri, 09Sept13 - 20Feb14).
151, Taman Suria, Jalan Jitra Kodiang, 06000 Jitra, Kedah (Menganggur, 20Feb14-03Feb15)
G-2-6, Blok G, Pangsapuri Taman Pelangi, Jalan P6, Taman Pelangi, 75450, Ayer Keroh, Melaka (Semester 1, 04Feb15 - 06Sept15, Semester 2, 07Sept15 - 21Feb16, Semester 3, 22Feb16 - 04Sept16).
G-2-6, Blok G, Pangsapuri Taman Pelangi, Jalan P6, Taman Pelangi, 75450, Ayer Keroh, Melaka (Penyelaras Khidmat Pelanggan, 01Mei16 - 28Feb17).
G-2-6, Blok G, Pangsapuri Taman Pelangi, Jalaj P6, Taman Pelangi, 75450, Ayer Keroh, Melaka (Menganggur, 01Mac17-19Dis17)
194, Jalan Gemilang 6, Taman Gemilang, 06000 Jitra, Kedah (Menganggur, 20Dis17 - 30Apr19)
8, Lorong Seri Tanjung Pinang, Kampung Rhu, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pimang (Pembantu Gerai Sate, 01Mei19-30Nov19)
MB-0-01, Jalan Kenari Jaya Utama, Taman Kenari Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka (Juruteknik NSSIT || Latihan, 01Dis19-31Dis19, || Percubaan, 01Jan2020-17Jan2020)
9, Jalan Seri Cempaka 11, Taman Seri Cempaka, 75400 Peringgit, Melaka (Juruteknik NSSIT || Percubaan, 17Jan2020-29Feb2020, || Kontrak 01Mac2020-19Jul2020)
194, Jalan Gemilang 6, Taman Gemilang, 06000, Jitra, Kedah (Penyelia Teknikal NSSIT || Kontrak, 20Jul2020-31Dis2020, || Tetap, 01Jan2021-)
Pendidikan :
Taman Pengasuhan Kanak - Kanak (NURY) Kandis, Jalan Kodiang, 06100, Kodiang, Kedah(Jan94 - Nov96)
Sekolah Kebangsaan Kodiang , Jalan Kodiang, 06100, Kodiang, Kedah (Jan97 - Nov97)
Sekolah Kebangsaan Kodiang (Cawangan), Jalan Sanglang, 06100, Kodiang, Kedah (Jan98 - Okt98)
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, Jalan Kodiang, 06100, Kodiang, Kedah (Okt98 - Nov02),
(KB0421054)
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Jalan Sultanah Sambungan, 05350, Alor Setar, Kedah (Jan03 - Nov05), (KC025K100)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350, Alor Setar, Kedah (Jan06 - Dis07), (KC025A083)
Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Karung Berkunci 1200, Hang Tuah Jaya, 75450, Ayer Keroh, Melaka. (29Jun08 - Apr09). (D030810025)
Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Karung Berkunci No. 1752, Pejabat Pos Durian Tunggal, 76109, Durian Tunggal, Melaka (Jul09 - 23Okt11). (D030810025)
Latihan Industri, Danau Digital Sdn. Bhd., MSC Cybercentre@MITC, No. 82, Jalan TU2, Taman Taman Tasik Utama, 75350, Ayer Keroh, Melaka (Apr10 - Jul10). (D030810025)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Media Interaktif), Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Karung Berkunci No. 1752, Pejabat Pos Durian Tunggal, 76109, Durian Tunggal, Melaka (04Sept11 - 05Okt14). (B031110340)
Latihan Industri, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah (Sept13 - Feb14). (B031110340)
Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Sistem Maklumat dan Perisian), Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka (20Mac15 - 30Nov16). (M031420007)
Pengalaman :
Latihan Industri, Danau Digital Sdn. Bhd., MSC Cybercentre@MITC, No. 82, Jalan TU2, Taman Taman Tasik Utama, 75350, Ayer Keroh, Melaka (Apr10 - Jul10).
- Membantu Membangunkan Permainan Flash Based untuk kegunaan Planetarium Negara
- Menjadi Fasilitator untuk Kem Alami di Planetarium Negara. Mengurus, Membimbing dan Membantu Pelajar Sekolah Rendah
Latihan Industri, Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah (Sept13 - Feb14).
- Membantu Membangunkan Objek Pembelajaran sebagai alat bantuan mengajar untuk digunakan oleh pensyarah.
- Membuat satu video untuk pelancaran Sumber Pembelajaran Terbuka untuk UUM.
- Merekabentuk satu risalah pamplet dan kalendar untuk aktiviti, latihan dan bengkel Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti.
- Penyelenggaraan laman web rasmi Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti menggunakan Joomla
- Membuat bengkel latihan untuk penggunaan perisian Hi-Task untuk kegunaan Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti
Penyelaras Khidmat Pelanggan, MultiSmartLine Enterprise, No 4, Jalan Desa Baru 5, Taman Desa Baru, 75350, Melaka (28Apr16 - 28Feb17)
- Menguruskan kafe siber, servis internet, pencetakan, pengimbasan, fotostat, dan servis komputer
Pembantu Gerai Sate, Awanis Satay @ Viva Local Food Haven, Awanis Maju Enterprise, Lot 303, Jalan Tanjung Tokong Tanjung Bungah, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang (01Mei19 - 30Nov19)
Juruteknik NSSIT, NSSIT Solution (Melaka Sentral) Sdn Bhd, Terminal Bas Melaka Sentral, Lebuh AMJ, 75340, Peringgit, Melaka (Latihan, 01Dis19-31Dis19, || Percubaan, 01Jan2020-29Feb2020, ||Kontrak, 01Mac2020-19Jul2020)
Penyelia Teknikal NSSIT, NSSIT Solution Sdn Bhd, 8-1-01 Corporate Park, Star Central, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor (Base : Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150, Mergong, Alor Setar, Kedah) (Kontrak, 20Jul2020-31Dis2020, || Tetap, 01Jan2021-)
Nama Blog : MANMA Site.
Tarikh Terjadi : 1 April 2008.
Blog Lain : Diari Hati (7 November 2008) | Smileys And Emoticons (13 Jun 2009) | World Of Games (20 Mei 2010)
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :
Selasa, 1 April 2008
Pautan Lain
B- BADAR SMKA KEDAH | Bella
C- Command For Window | Command For Linux
D- Diana
E- Erham | Ezzad | Erman
F- Faisal | Fakhrurraze | Fakhrurraze | Farah | Facebook Status
G- Gossip Blog
H- Hidayah | Hanys
K- Kamil | Kamezaim
M- Mawardi | Marzuki | Muhaimi | Muhaimi | Mr. Azman | Messes A
N- Nazz | Nad | Nad | Niey | Niey | Najwan
Q- Qila
R- Razif | Rawi
S- Syakur | Sickchild | Sallehudin | Safiudin | Shahir | Shuhada
T- Topo | Tiya
U- UTeM DIT Student | Universiti Teknikal Malaysia Melaka
W- Wazir
Y- Yasmeen
Suka Artikel ini? :
Ikut MANMA Site di facebook :