Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Isnin, 18 Julai 2011

Chat sidebar baru Facebook...

Disebabkan oleh peperangan Facebook dengan Google...
Maka facebook memperkenalkan Facebook Chat Sidebar (FCS)...
Malangnya FCS ni menyusahkan kebanyakkan pengguna facebook...
Ye la kan bila sebut saja sidebar confirm makan ruang skrin...
Maka bahagian utama akan ke kiri sedikit bagi membolehkan FCS in bertapak...

Facebook Chat Sidebar

Facebook Chat Sidebar

Senarai rakan yang dipaparkan merupakan orang yang selalu anda hubungi...
Macam mana pulak facebook tau sapa yang selalu kita hubungi??
Biasa lah caranya...
Tengok sapa yang paling banyak komen, tag gambar, chat dan mesej dengan kita...
Tapi hanya sikit saja yang betul...
Yang len tu ntah - ntah dia men hantam letak...

Hmm...
Bagi aku yang memang tak dak sapa nak sembang tak apa la...
Kawan yang selalu aku hubungi pun tak banyak...
Jadi kurang la tension sikit...
Tapi kalau ramai kawan sampai tak cukup nak senaraikan macam mana??
Ini jawapan daripada facebook help :

Untuk menghubungi rakan anda yang tidak terdapat dalam senarai, cuba taip nama rakan anda pada kotak carian dibawah senarai. Klik pada nama rakan anda dan tetingkap chat akan dibuka. Jika rakan anda tidak bersedia untuk berbual, anda masih boleh menghantar mesej kepada mereka.
Tu la jawapan daripada facebook...
Jadi nak tak nak kena la pakai kotak carian kalau nama rakan tak ada dalam senarai...
Haishh...
Menyusahkan betul...

Bagi sapa - sapa yang selalu pakai pop-up chat tuh...
Lupakan sajalah keinginan anda tuh...
Facebook dah buang benda tuh daripada FCS...
Gigit jari je la sebab tak leh nak guna...
Hahaha...

Ada tiga penyelesaian yang mungkin boleh kurangkan kebangangan FCS...
Boleh kurang sikit pun jadilah...
Daripada tak kurang langsung...
Pilih la sendiri cara - cara yang terdapat dibawah ini...

Cara pertama :

Pop-Out Chat...
Anda boleh masuk melalui url kat bawah...
http://www.facebook.com/presence/popout.php/...
Mungkin ada sebahagian daripada kita pernah menggunakan pop-out chat ni...
Mungkin tak nak serabutkan page facebook dia dengan chat...
Jadi anda masih boleh menggunakan ciri ini melalui url kat atas...
Cara ini mungkin tidak bertahan lama...
Tak tau la sampai bila facebook nak kekalkan page ni...
Selagi mana facebook masih mengekalkan page ini...
Ataupun masih menyokong ciri yang terdapat dalam page ini...
Anda masih boleh gunakan page ini sebagai alternatif kepada FCS...

Cara kedua :

FB Chat Sidebar Fix...
Cara ini menggunakan skrip java yang mengubah sedikit coding FCS...
Skrip ini hanya boleh menyembunyikan rakan - rakan yang offline...
Dan juga mempunyai satu butang untuk sembunyikan FCS...
Boleh lah daripada asyik tengok nama rakan - rakan yang offline menyemak kat FCS tu...
Tapi satu pun tak online...
Haish...
Untuk menggunakan skrip ini...
Anda perlu menggunakan Firefox dan memasang Greasemonkey terlebih dahulu...
Kemudian pasang  FB Chat Sidebar Fix untuk menggunakan nya...

Cara ketiga :

Sekat FCS daripada memunculkan diri...
Cara ini menyebabkan FCS disekat daripada muncul...
Lebih kurang macam sekat pop-up...
Jadi cara ini akan menghilangkan terus FCS daripada muncul...
Untuk cara ini anda memerlukan Firefox dan juga Adblock Plus...
Kemudian anda perlu klik pada butang adblock berwarna merah kat bawah tu...
Pilih preferences dan Add filter...
Masukkan kod dibawah dan klik ok...
facebook.com#div(id*=presence)
Maaf lah ye sebab kalau guna pelayan web lain selain Firefox...
Satu saja penyelesaian yang ada kat sini...
Setelah puas menggoogle...
Semua guna firefox...
Kalau ada penyelesaian untuk pelayan web lain...
Jangan segan - segan komen kat bawah ye...
Selamat mencuba...

**kemaskini 23 Julai 2011
VasanSoft Chat Mechanic betulkan Facebook Chat Sidebar

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih