Social Icons

twitterfacebookgoogle plusmyspacerss feedemail

Khamis, 22 Mei 2008

"Kisah Seorang Budak Kampung......"

Kisah ini berlaku pada suatu ketika dahulu......
Ianya bermula apabila seorang budak kampung yang tak tau apa2 tentang dunia globalisasi terserempak seorang lelaki bandar telah beberapa hari berada di kampung itu yang sedang mencari sebuah nset yang hilang di sebuah masjid......
Saya namakan budak kampung tersebut Ali (bukan nama sebenar) supaya menyenangkan pemahaman pembaca dan lelaki bandar tersebut Jamal......
Maka bermulalah dialog diantara mereka......

Jamal : Adik ada nampak telefon abang tak?

Ali : Boleh abang cerita sikit ciri - ciri telefon tu.....

Jamal : Oklah....Adik tau kan macam mana bentuk telefon kan....

Ali : (Sambil membayangkan telefon yang macam dalam cerita P. Ramlee tu) Tau2... Ada lagi ka ciri2 lain....

Jamal : Ada.... Telefon tu ada kamera.....

Ali : (Sambil membayangkan sebuah telefon dengan kamera) Kamera tu dok kat mana....

Jamal : Bahagian atas la..... Kot depan pun boleh tangkap gambar kot blakang pun boleh.....

Ali : (Sambil membayangkan telefon tadi dengan kamera yang dalam cerita 6 jahanam diatasnya) Ada ka telefon macam tu.... Apa lagi ciri2 dia....

Jamal : Ada..... Lagi? Telefon tu boleh tengok TV...... Boleh bukak internet......

Ali : (Sambil membayangkan telefon, atas ada kamera pastu ada TV kat atasnya) Isy....mintak maafla abang. Saya tak pernah jumpa telefon pelik macam tu.... Abang tanya orang lain la.....

Tiba2 ada seorang pemuda datang menyerahkan telefon bimbit si Jamal ni depan mamat tadi tu.....

Ali : Apa benda tu....

Jamal : Ni la telefon abang yang hilang tadi tu....

Maka Jamal tahulah bahawa si Ali ni tak tahu langsung tentang teknologi masa kini.....


Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Selasa, 20 Mei 2008

"Tamatlah Riwayatnya....."

Pada tanggal 19 Mei 2008 bermulalah kisah benda yang aku sayang telah pun rosak....
Laporan bedah siasat terhadap hard disk aku yang berkapasiti 80 Gb itu telah pun disahkan tidak boleh digunakan lagi....
Perkara ini mungkin disebabkan oleh pendedahan yang keterlaluan kepada virus (aku pun x tau virus apa)....
Maka semua data yang terdapat didalamnya lesap bersama - sama kerosakan tersebut....
Perkara ini disedari apabila aku men'try'kannya kepada laptop seorang kawan aku....
Dia kata beli lainla hadr disk tu.... Dah x bleh guna lagi....
Sekian saja posting kali ini....
Terima kasih kerana sudi membaca kisah di atas.....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

Rabu, 14 Mei 2008

"Muqaddimah"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi mengakses blog ni.......
Walaupun tak seberapa hebat tapi cukuplah untuk meluahkan isi hati & ilmu......
Sekian terima kasih....

Suka Artikel ini? :

Ikut MANMA Site di facebook :

 
Kembali ke Atas | Disokong oleh | Dibina dan dikemaskini oleh "MANMA™ Site"
Kualiti terbaik menggunakan atau atau pada resolusi 1024x768 atau lebih